Pada pukul tepat 12.00 malam, merupakan satu malam yang sangat peristiwa pada saya. Tentulah bukan saja saya yang akan berasa begitu, semua rakyat Malaysia juga akan berasa demikian. HAl ini kerana tepat 12.00 merupakan Hari Kemerdekaan negara saya. Semua rakyat Malaysia sedang menunggu detik masa berlalu ada yang telah berada di stadium untuk menyambut kedatangan peristiwa yang penuh dengan sejarah.
Pada 31 Ogos 2012, merupakan Hari Kmerdekaan yang ke-55. Hal ini telah menyatakan yang Melaysia telah bebas daripada cengkaman dan jajahan British selama 55 tahun. Tepat pada pukul 12.00 malam nanti, seluruh rakyat Malaysia akan menjerit Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Saya berasa sangat bersyukur kerana telah dilahirkan dalam keadaan yang aman dan damai. Saya tidak pernah berasa seperti orang tua sekarang yang pernah merasai penjajahan British dan juga Jepun. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepda seluruh rakyat Malaysia!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan