Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 16 Ogos 2012

Cerpen Usia Emas

Cerpen Usia Emas
oleh: Abdullah Hussain
             Cerpen dimulai oleh Abdullah Hussain dengan menceritakan kisah seorang
kawan lamanya yang bernama Cikgu Baharum dalam usia 80 tahun telah diangkat
selaku tokoh warga emas di daerahnya. Pengarang lantas mengirim poskad tahniah
atas anugerah yang diterima oleh kawannya. Walau bagaimanapun, dalam jawapan
balas, Cikgu Baharum menyatakan penerimaanya terhadap anugerah tersebut adalah
atas dasar “malu alah saja”. Hal ini menimbulkan persoalan kepada pengarang.
Apakah anugerah warga emas tiada mempunyai nilai yang harus dibanggakan?
             Dalam memecahkan persoalan tersebut, pengarang telah membaca beberapa
petikan ayat al-Quran dan akhirnya mendapat jawapan yang dikehendakinya.
Anugerah warga emas adalah tidak releven dengan kehidupan umat Islam. Anugerah
tersebut berasal usul daripada budaya hidup masyarakat luar yang ghairah dengan
pemberian award termasuk kepada orang tua yang sedang menanti ajal. Tidak
sepatutnya orang yang telah tua diberikan anugerah yang nyata tiada memberi
manfaat kepada mereka lagi. Bagi pengarang, kematian orang yang tuabukan untuk
diratapi sebagai “satu kehilangan besar” sebaliknya perlu dilepaskan dengan reda
dan diiringi doa ke atas rohnya.

Tema:
Tema kasih sayang - kasih sayang daripada anak-anak dan masyarakat yang
diperlukan oleh warga emas dalam menghabiskan sisa hidup mereka.Curahan kasih
sayang jauh lebih penting daripada pemberian anugerah.

Peristiwa-peristiwa penting:
1. Cikgu Baharum menerima anugerah tokoh warga emas daerah dan berita
penganugerahannya itu telah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.
2. Penulis terkenangkan semula Cikgu Baharum yang telah tidak ditemuinya iaitu
kira-kira 5 tahun yang lalu, ketika sama-sama merayakan hari lahir yang ke-75 tahun.
3. Penulis juga turut mengingati semula perwatakan cikgu Baharum ketika waktu
mudanya dahulu, di samping itu juga penulis teringatkan bagaimana dia berkenalan
dengan cikgu Baharum.
4. Keakraban hubungan antara cikgu Baharum dan penulis di mana mereka saling
berutus-utus poskad dan akhirnya mereka sudah menjadi seperti saudara sehingga
beranak dan bercucu.
5. Penulis mengutuskan poskad mengucapkan tahniah di atas penganugerahan tokoh
warga emas kepada cikgu Baharum membawa penulis terkenang semula rahsia awet
muda yang turut disiarkan dalam rencana yang turut ditulis oleh wartawan yang
menemuramahnya.
6. Penulis dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain untuk
bertukar-tukar ilmu pengetahuan kerana cikgu Baharum seorang yang banyak ilmu
pengetahuannya kerana dia suka membaca.
7. Penulis akhirnya mendapat juga jawapan bagi persoalan yang sengaja dibiarkan
oleh Cikgu Baharum untuknya berfikir iaitu tentang usia emas.
8. Rumusan yang penulis dapati dari surah Ahqaf ayat 15 hingga 19 tentang
kewajipan anak untuk berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa apabila mereka
menginjak usia emas.
9. Penulis bermimpi melihat cikgu Baharum turun dari rumahnya dengan memakai
jubah putih, kepalanya tidak bertutup dan dia melambaikan tangan tanpa suara kea
rah penulis.
10. Selepas selesai solat sunat tahajud dan berzikir isteri penulis menjawab panggilan
telefon yang membawa khabar tentang kematian cikgu Baharum. Penulispasrah dan
redha dengan pemergiannya.

Persoalan
1. Persoalan tentang keagamaan, ayat-ayat suci al-Quran merupakan panduan dan
pedoman tentang kehidupan kepada manusia yang ingin mengambilnya sebagai
iktibar. Penulis banyak memasukkan petikan-petikan ayat-ayat al-Quran dari
beberapa suarah antaranya surah an-Nahl ayat 70, surah al-Isra’ ayat 23 dan surah
al-Ahfat. Kesemua petikan ayat-ayat al-Quran itu menceritakan tentang kehidupan
manusia yang antara lainnya tanggungjawab anak terhadap orang tua. (hlm.121)
2. Persoalan tentang menghormati orang tua.Anak-anak seharusnya menghormati
dan mengasihani orang tua yang sudah lanjut usia kerana ianya adalah tuntutan
agama. Sebagaimana yang dicatatkan oleh pengarang berdasarkan ayat 23: Surah al-
Isra yang mana Maha suci Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani telah
memerintahkan Nabi Muhammad supaya mengasihani ibu bapanya. (hlm. 124)
3. Persoalan tentang persahabatan/setiakawan. hubungan yang akrab yang
menjalinkan ukhuwah persaudaraan yang kukuh. Pengarang dan Cikgu Baharum
saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain malah mereka juga sering berutus
poskad tanda ingatan yang berkekalan.(hlm 121)
4. Persoalan tentang kesihatan. Kesihatan yang dijaga menerusi amalan senaman
tertentu akan mengekalkan tahap kesihatan seseorang dan boleh memanjang usia
seseorang. Cikgu Baharum seorang yang sangat mementingkan kesihatan dirinya,
terbukti sejak zaman muda dia telah mengamalkan senaman radio taisyo setiap pagi
yang dipelajari pada zaman Jepun lagi.(hlm. 119)
5. Persoalan pengaruh budaya asing. Masyarakat di negara kita mudah terikut-ikut
dengan budaya dari luar sehingga semua yang dibuat masyarakat luar hendak ditiru
biarpun ianya tidak sesuai dan releven dengan budaya kita. Buktinya Cikgu Baharum
menganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak releven dengan
budaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk beribadat kepada
tuhan.(hlm.122)
6. Persoalan tentang Disiplin Diri. Disiplin dalam melakukan rutin kehidupan adalah
ruang untuk mencapai kejayaan. Cikgu Baharum seorang yang mementingkan
disipilin diri sebagaimana yang diceritakan kepada wartawan yang
menemuramahnya, setiap hari dia akan bangun seawall jam 5.00 pagi melakukan
senama radio taisyo, mandi serta berwuduk dan menunaikan solat subuh, bersarapan
dan berpagi-pagian ke tempat kerja. (hlm. 119-120)
7. Persoalan kerajinan dalam pekerjaan. pelbagai tugas yang diberikan dijalankan
dengan penuh komitmen. Cikgu Baharum selain mengajar dia juga memegang
jawatan sebagai guru senaman dan juga guru pengawas disipilin pelajar. (hlm. 120)
8. persoalan tentang warga emas. seringkali usia seseorang yang melewati usia
warga emas, terpaksa berhadapan dengan cabaran terutama anak-anak yang tidak
sanggup untuk menjaganya. Inilah yang diingati oleh penulis tentang perlunya
keikhlasan anak-anak untuk mengambil tanggungjawab menjaga dan mengasihani
ibubapa yang sudah tua. Tidak sebagaimana masyarakat Jepun yang mana anak-anak
Jepun enggan memelihara orang tua mereka , malah mereka tergamak menghantar
orang tua ke rumah kebajikan. (hlm. 123-124)

Aspek Watak dan Perwatakan:

A. Watak Cikgu Baharum
1. Aspek Latarbelakang:
1.1 Seorang guru pelatih yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke MPSI
tetapi gagal (118)
1.2 Lahir pada tanggal 25 Mac
1.3 Berusia 80 tahun
1.4 Guru senaman dan juga pengawas disiplin pelajar (zaman muda)
1.5 Penulis yang produktif (Cerpen, puisi, pantun dan rencana) karyanya
disiarkan oleh Warta Malaya (singapura)
1.6 Pandai jawi (tulisan jawinya halus dan cantik)
1.7 Dianugerahkan sebagai tokoh warga emas daerah.

2. Aspek Fizikal:
2.1 Tinggi
2.2 Maskulin
2.3 Tegak (Macam tentera)

3. Perwatakan:
3.1 Berterus terang
3.2 Tidak munafik (tidak berpura-pura)
3.3 Lantang bersuara – menyebabkan beliau tidak disukai dan kesannya
beliau tidak mempunyai ramai kawan.
3.4 Seorang yang banyak ilmu – Beliau banyak membaca , pengetahuannya
luas meliputi pelbagai disiplin imu kerana banyak membaca
antaranya politik, ekonomi, bahasa dan sastera (121)
3.5 Setiakwan-mementingkan keakraban persahabatan, beliau sering
menziarahi penulis kerana dia suka berkunjung ke rumah penulis.
3.6 Seorang yang alim – setiap hujahan yang diberikannya apabila
memperkatakan sesuatu isu beliau sering merujuk pada ayat-ayat al-
Quran sebagai sumber rujukan , contohnya apabila dia memberitahu
kepada penulis dia menerima anugerah tokoh warga emas hanya
kerana dia malu alah saja sebagaimana yang termaktub dalam ayat 70 surah an-
Nahl.
3.7 Mementingkan kesihatan-Cikgu Baharum seorang yang mementingkan
kesihatan., buktinya rutin harian yang dilaluinya sejak zaman muda
membawa ke usia warga emas, termasuklah rahsia kesihatannya yang
kekal sihat kerana disiplin mengamalkan senaman radio
taiso.
3.8 Berdisiplin-Cikgu Baharum selalu pergi kerja pada waktu pagi dan
pulang agak lewat petang. Bagi beliau kerja wal pagi dan pulang lewat
adalah sikap orang yang rajin dan kerajinan akan membawa
kejayaan.
3.9 Mementingkan kebersihan-Tugasnya sebagai guru pengawas disiplin
turut digunakan bagi memastikan pelajar-pelajar juga menjaga
kebersucihan buktinya dia akan menyuruh para pelajarnya
mencuci kaki sebelum masuk kelas. Para pelajarnya juga disuruh
kencing ditandas. (120-121)

B. Watak Penulis:

1. Latarbelakang:
1.1 Seorang penulis
1.2 Berusia 80 tahun
1.3 Mempunyai seorang isteri

2. Perwatakan:
2.1 Seorang sahabat yang setiakwan- sering menghubungi kawan menerusi
poskad untuk bertanya khabar berita.
2.2 Alim-sering beramal ibadat, termasuklah solat tahajud. Semasa
mendapat berita kematian cikgu Baharum penulis baru selesai solat
tahajud dan berzikir.
2.3 Seorang yang merendah diri-Penulis berasa rendah diri apabila
membandingkan tulisan jawi cikgu Baharum yang halus dan cantik
berbanding tulisannya seperti cakar ayam(118)
2.4 Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama yang luas-
Pengarang selalu merujuk pada petikan-petikan ayat al-Quran sebagai
sumber rujukan.
2.5 Seorang yang prihatin-Penulis berasa kematian cikgu Baharum adalah
satu kehilangan baginya.

Nilai Keagamaan:
1. Bersyukur: Bersyukur dengan segala kurniaan Allah s.w.t kepada kita, Cikhu
Baharum amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dipinjamkan umur yang panjang
serta masih diberi kesihatan yang baik.(116)

2. Berdoa:Doa adalah kekuatan bagi orang mukmin, Cikgu Baharum pernah
menjelaskan kepada penulis tentang perlunya berdoa sebagaimana yang telah diajar
oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sahih al-Bukhari, rasulullah
sentiasa berdoa selepas solat agar jangan sampai ke umur tua. (117)

3. Bersolat: Solat harus dilakukan tepat pada waktunya seawall mungkin, Cikgu
Baharum melakukan solat subuh tepat pada waktunya. (120)

4. Al-Quran sebagai sumber rujukan: Cikgu Baharum selalu merujuk ayat-ayat al-
Quran sebagai rujukan untuk isu-isu yang diperkatakan kepada penulis, contohnya
dia merujuk suarh al-Isra (ayat 23) dan surah al-Ahfat (ayat 15) tentang suruhan
supaya anak-anak mengambilberat tentang ibubapa.(123)

5. Menghormati dan mengasihani ibu bapa yang tua: Orang Islam diperintahkan
supaya berbuat baik kepada orang tua sebagaimana yang diperintahkan kepada
junjungan besar Nabi Muhammad SAW supaya mengasihani ibubapa yang lanjut usia
sebagaimana yang termaktub dalam ayat 23 surah al-Isra. (124)

6. Beribadat: Umat Islam dituntut supaya melakukan amal ibadat termasuklah
ibadat-ibadat sunat seperti solat malam serta berzikir. Penulis semasa menerima
berita kematian Cikgu Baharum baru selesai solat sunat tahajud dan berzikir. (125)

7. Percaya pada Takdir: Ketentuan tuhan terhadap apa jua kejadian, termasuklah
kematian. Cikgu Baharum yang masih sihat akhirnya meninggal dunia kerana telah
ditakdir oleh Allah, sebagaimana penulis menyedari pemergian Cikgu Baharum sudah
ditakdirkan oleh Allah (126)

8. Bersabar: Ujian dan dugaan yang didatangkan oleh tuhan adalah untuk
menguji kesabaran hambanya. Sebagaimana penulis menerima dengan sabar
kematian Cikgu Baharum sebagai ketentuan Illahi.(126)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan