Jumlah Paparan Halaman
Ahad, 26 Ogos 2012
Jamuan Merdeka Raya
Hari ini sekolah saya telah mengadakan satu jamuan. Jamuan ini dipnaggil jamuan merdeka raya. Jamuan seperti ini diadakan pada setiap tahun untuk menyambut hari raya dan juga kemerdekaan. Hari ini kelas saya telah menyediakan banyak makanan seperti nasi ayam, bihun goreng, satey dan banyak lagi makanan yang sedap hingga air liur pun akan meleleh keluar jika mendengarnya. Air pulak mempunyai pelbagai jenis iaitu Miranda, Sarsi, cocktail dan bandung. Oleh kerana saya tidak pernah minum cocktail, saya tidak langsung menyentuhnya. Bagi saya cocktail tersebut adalah sesuatu yang sangat pelik. Mungkin bagi anda cocktail adalah sesuatu yang biasa didengar namun bagi saya ia adalah sejenis air yang sangat unuk dan pelik. Saya baru tahu yang cocktail ini dibubuh dengan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada buah-buahan pada tahun lepas. Saya ini sangat darat kan? Semua orang tahu yang cocktail ini sejenis air, namun bagi saya cuma air mineral, milo. jus oren saja yang saya tahu ( dan lain-lain lagi ). Hahaha!!! Pada pagi ini, kami telah diwajibkan untuk masuk ke dalam dewan untuk mendengar ucapan daripada Pengetua dan juga seorang tetamu yabg dijemput oleh pihak sekolah iaitu pakar sejarah dari Muzium Kelantan. Beliau telah menceritakan tentang pengalaman beliau semasa pendudukan Jepun. Umur beliau telah mencapai 79 tahun. Saya berasa sangat bertuah kerana dapat mendengar beliau menceritakan tentang pengalaman beliau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan