Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 24 September 2012

Sajak Pertemuan di Hyde Park

Maksud Rangkap 1:
Apabila penyajak berada di Hyde Park, beliau teringat sebidang tanah yang agak luas pemberian ayahnya di kampung. Asalnya tanah tersebut hutan dara tetapi telah diterokai oleh ayahnya. Tanah itu kemudiannya ditanam dengan padi huma setiap tahun dan merupakan milik keluarga.

Maksud Rangkap 2:
Penyajak sering berdiri di atas busut bersama ayah ketika melihat padi yang sedang membesar, ketika menghalau burung, membaiki tempat jemuran padi atau saja-saja berehat sementara menunggu panggilan emak yang memerlukan air, menemani ayah menanam getah atau menanam lada.


Maksud Rangkap 3:
Penyajak berasa berada di sudut pidato di Hyde Park berbicang tentang isu-isu penting ketika mendengar ayahnya bercerita tentang tanah iaitu tanggungjawab menjaga dan memelihara tanah. Penggunaan nya sentiasa berubah mengikut peredaran dan keperluan semasa yang ditentukan oleh pemiliknya.


Maksud Rangkap 4:
Penyajak diingatkan oleh ayahnya tentang amanah memelihara tanah di mana kitalah bertanggungjawab mencorakkan tanah tersebut mengikut kesesuaian dan sekiranya kita lupa akan amanah tersebut tanah tersebut akan kembali kepada asalnya



Tema

Bertemakan tentang tanggungjawab menjaga sesuatu barang yang diamanahkan dengan baik. Sebagai contoh, penyajak diberitahu oleh ayahnya supaya menjaga tanah yang telah diamanahkannya supaya tidak dibiarkan sahaja.

Persoalan

Persoalan tentang kasih sayang
Penyajak menggambarkan betapa rapatnya hubungan beliau dengan ayahnya yang sering bercerita tentang sesuatu peristiwa Contohnya :

di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa

Persoalan gigih berusaha.
Penjajak menjelaskan betapa kuat ayah dan ibu penyajak berusaha meneroka tanah bertujuan untuk bercucuk tanam padi huma, getah dan lada. Contohnya :

betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.

Persoalan tentang kerajinan
Ayah penyajak rajin mengusahakan tanah dengan pelbagai jenis tanaman
Silih berganti bagi meningkatkan ekonomi keluarga. Contoh:

atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.







Akan dikemaskini....








1 ulasan: