Hari ini saya exam kertas sejarah. Saya telah menulis sejarah sampai tangan saya nak patah kerana kena buat 4 soalan dalam masa 2 jam. Maksudnya setiap soalan hanya dibenarkan menggunakan 30 minit sahaja. Jika saya tulis melebihi 30 minit nescaya akan tidak cukup masa. Saya tulis dengan sangat cepat sehingga tangan saya rasa sangat leguh dan letih. Selepas habis tulis barulah saya berasa lega sedikit! Akhirnya saya selesai tulis!
Walaupun saya berasa yang menjawab kertas solan sejarah amat memenatkan namun saya berasa sangat gembira. Minat saya terhadap subjek ini tidak akan mudah dilunturkan hanya kerana kertas soalan kena jawab dalam masa 2 jam! Hahaha!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan