Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 24 November 2012

Cerita



Bab 1
 Kedengaran suara ayam berkokok di luar rumah Ah Chong. Ah Chong bangun dengan tidak bersemangat. Dia sedang meraba-raba untuk mencari cermin matanya. “Di manakah aku letak cermin mata aku ini?” Ah Chong bertanya kepada dirinya sendiri. Ah Chong berasa sangat cemas pada pagi tersebut dan jantungnya berdebar dengan kuat sekali. Silap-silap hari bulan jantungnya akan tercabut keluar. Mengapakah dia berasa cemas sekali?
“Ah Chong, cepatlah bersiap. Nanti kamu lambat ke sekolah pula. Bukankah hari ini hari yang terpenting bagimu?” Ibu Ah Chong yang sedang menyiapkan sarapan pagi untuknya menjerit memanggilnya. “ Apa sudah jadi dengan budak ini! Katanya hari ini ialah hari yang terpenting baginya. Mengapa bangun lambat pula? Ish..Ish..”  Ibunya merungut sambil menyiapkan sarapan pagi.
“Akhirnya aku jumpa juga cermin mataku. Kalau aku tidak bersiap cepat, nanti aku lambat ke sekolah pula.”
Ah Chong berlari-lari anak ke bilik air yang terletak berdekatan dengan biliknya. Sekali lagi ibunya menjerit memanggilnya dan kali ini Ah Chong balas kepada ibunya dengan mengatakan dia sudahpun berada dalam bilik air. Beginilah suasana setiap pagi di rumahnya. Ibunya akan menjerit memanggilnya bangun sambil menyiapkan sarapan pagi untuk dia dan adik-adiknya. Selepas siap, ibunya akan pergi ke pasar untuk menjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Inilah rutin setiap pagi ibunya mencari duit untuk menyara hidup Ah Chong dan adik-adiknya sejak ayahnya meninggal dunia kerana menghidap penyakit yang kronik dua tahun yang lalu. Selepas ayahnya meninggal, ibunya menjadi tidak bersemangat dan selalu bersedih serta menangis. Tetapi ini tidak boleh menyalahkan ibunya kerana ibunya telah kehilangan orang yang sangat dicintai. Ah Chong ingat ibunya pernah memberitahunya betapa gembira ibunya semasa ayahnya melamar ibunya. Ibunya lekas menyetujui lamaran tersebut tanpa berfikir panjang. Ah Chong pernah bertanya kepada ibunya mengapa ibunya lekas bersetuju tanpa berfikir panjang. Ibunya tidak menjawab pertanyaannya dengan panjang kerana Ah Chong pada masa itu sangat kecil dan dia tidak akan faham.
Sekarang Ah Chong sudah besar namun dia masih tidak faham. Tambahan pula selepas ayahnya meninggal, Ah Chong tidak lagi bertanya soalan tersebut kepada ibunya. Ah Chong masih ingat ada suatu ketika dia bertanya kepada ibunya dan ibunya telah menangis sepanjang hari tanpa berhenti. Mujurlah rumahnya tidak dibanjiri oleh air mata ibunya kalau tidak terpaksalah mereka berpindah. Hahaha!! Geli sungguh hati Ah Chong apabila teringat hal tersebut. Semenjak hari itu, Ah Chong tidak lagi bertanya kepada ibunya pasal ayahnya kerana Ah Chong tahu ini akan menambahkan kesedihan ibuya lagi.
“Ah Chong, apakah yang kamu buat dalam bilik air lama-lama sangat? Apakah kamu sudah gila? Ketawa seorang diri dalam bilik air.” Ibunya bertanya kepadanya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya apabila Ah Chong keluar daripada bilik air tersebut. Ah Chong cuma tersenyum setelah mendengar ibunya berkata sedemikian.
“Maafkan saya, ibu. Tadi saya teringat sesutu yang sangat melucukan sebab itu saya ketawa.” Ah Chong menjelaskan hal tersebut kepada ibunya.
“Bukankah kamu kata hari ini merupakan hari yang terpenting bagi kamu. Mengapa pula kamu bangun lambat? Hairanlah ibu dengan sikap kamu ini.” Ibunya berasa hairan dengan sikapnya. Selalunya orang akan bangun awal jika hari tersebut merupakan hari yang terpenting baginya. Ini lain pula yang terjadi. Apalah yang sudah jadi dengan Ah Chong ini?
“Sebenarnya semalam saya tidur lambat kerana memikirkan hari ini. Saya berasa sangat berdebar. Oleh itu, saya lambat bangun.” Ah Chong berkata.
Ah Chong juga berasa sangat malu dengan tindakannya sebentar tadi. Jika orang lainlah akan ingat dia sudah gila dan tidak waras juga. Ah Chong segera duduk dan makan sarapan paginya. Ibunya berpesan kepadanya supaya tolong ambilkan nasi goreng untuk adik-adiknya sebelum dia pergi ke sekolah. Ibunya juga mendoakan Ah Chong supaya mendapat apa yang ingin dicapainya. Selepas sampaikan pesanan kepada Ah Chong barulah ibunya pergi ke pasar dengan senang hati.
            Selepas makan sarapan pagi, Ah Chong segera memakai kasut sekolahnya dan dia berpesan kepada adik-adiknya supaya jangan keluar dari rumah sebelum ibunya pulang. Ah Chong juga sempat berpesan kepada adik-adiknya juga agar berlakuan baik dan jangan bergaduh. Dia tidak mahu lagi peristiwa yang berlaku pada minggu lepas berlaku sekali lagi. Pada minggu lepas, Ah Chong telah keluar untuk mencari kawannya namun dia tidak ingat pesanan ibunya bahawa jangan tinggalkan rumah dengan pintu yang tidak berkunci dan biarkan adik-adiknya keluar bermain. Sebelum keluar, Ah Chong ada berpesan kepada adik-adiknya supaya jangan keluar dari rumah namun dia telah lupa untuk menguncikan pintu rumahnya.
 Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Ah Chong ternampak ramai orang yang berdiri di luar rumahnya.
“Apakah yang sudah terjadi di rumahku?Adakah rumahku dimasuki pencuri ataupun rumahku terbakar?” Banyak soalan yang tertimbul dalam fikirannya dan persoalannnya akan terjawab apabila dia sampai di rumahnya.
 Semasa Ah Chong sampai di rumahnya, dia nampak ibunya sedang menangis. Jiran-jirannya sedang berusaha memujuk ibunya dan ada juga jiran-jiran yang sedang sibuk mencari seseorang. Apabila ibunya ternampak Ah Chong, ibunya segera lari ke arahnya dan telah menamparnya. Orang ramai yang sedang melihat terkejut dengan perbuatan ibunya. Ah Chong berasa sangat terkejut dengan tindakan ibunya dan mukanya telah merah padam akibat ditampar oleh ibunya. Ataupun mukanya merah padam kerana berasa malu kerana ditampar di hadapan orang ramai. Tuhan sahaja yang tahu apakah yang ada dalam fikirannya. Ah Chong berasa hairan dengan tindakan ibunya. “Kenapa tidak pasal-pasal ibu menamparku? Selama ini ibu tidak pernah mengangkat tangan kepadaku, tapi hari ini ibu telah menamparku di hadapan orang ramai.”
            Setelah mengetahui apakah yang terjadi semasa ketiadaannya, barulah Ah Chong berasa sangat menyesal. Rupa-rupanya adik-adiknya telah hilang kerana perbuatannya yang tidak bertanggungjawab. Ah Chong telah pergi meminta maaf daripada ibunya namun ibunya tidak mahu memaafkannya selagi adik-adiknya tidak dijumpai. Ah Chong faham kenapa ibunya bertindak sedemkian dan adik-adiknya telah hilang juga disebabkan oleh sikapnya yang tidak bertanggungjawab. Selepas 2 jam, barulah ada jiran yang membawa adik-adiknya pulang. Adik-adiknya telah menangis dengan sekuat hati kerana mereka sangat takut. Ibunya telah memujuk adik-adiknya dan telah membawa mereka masuk ke dalam rumah. Orang ramai yang melihat kejadian tersebut masing-masing pulang ke rumah mereka. Ada yang berasa bersyukur kerana adik-adiknya telah pulang dengan selamat. Jiran yang menjumpai adik-adik Ah Chong iaitu Pak Ali telah mengatakan dia telah menjumpai mereka di padang permainan. Semasa Pak Ali menjumpai mereka, adik-adiknya sedang menangis kerana mereka tidak mengetahui jalan untuk balik ke rumah. Adik-adiknya telah menjelaskan hal tersebut kepada ibunya dan mereka berjanji tidak akan keluar sesuka hati lagi. Selepas ibunya tidurkan adik-adiknya, barulah ibunya keluar.
            “Ibu ingatkan Ah Chong boleh tengokkan adik-adik semasa ibu tiada. Rupa-rupanya Ah Chong tidak mahu jaga adik-adik. Jika Ah Chong tidak mahu jaga adik-adik tidak apa, Ah Chong boleh memberitahu ibu. Mengapa Ah Chong sanggup buat ibu begini? Ah Chong nak lihat ibu mati sebab sakit hati ke? Ibu telah kehilangan ayah kamu dan ibu tidak mahu kehilangan kamu dan adik-adik kamu. Apakah kamu tidak cuba untuk mengerti kesakitan ibu ini? Ibu sangat takut jika kehilangan orang yang ibu sayangi. Jika adik-adikmu diculik oleh orang jahat macam mana? Mujurlah Pak Ali yang menemui mereka dahulu jika orang jahat yang menemui mereka tidak tahulah apa yang akan terjadi kepada adik-adikmu.” Kedengaran suara ibunya sangat sayu dan sedih. Ibunya telah menangis kerana tidak dapat untuk menahan perasaannya.
Ini adalah kali yang ketiga Ah Chong melihat ibunya sedih dan menangis begini selepas kematian ayahnya. Rupa-rupanya sudah lama ibunya tidak menangis sebegini.
“Maafkan Ah Chong ibu. Ah Chong tidak akan lakukannya lagi. Tadi Ah Chong lupa untuk mengunci pintu rumah. Ah Chong bukannya sengaja buat begini untuk menyakiti hati ibu. Ibu janganlah mengatakan ibu mahu mati. Jika ibu mati, siapa yang mahu menjaga Ah Chong dan adik-adik. Selain ibu, kami tidak ada sesiapa lagi dalam dunia ini.” Ah Chong menangis sambil meminta maaf kepada ibunya. Ibunya telah memaafkannya. Semenjak peristiwa tersebut, Ah Chong sudah tidak berani untuk tidak mengunci pintu rumahnya.
 Sebelum keluar dari rumah, Ah Chong memastikan dia telah menguncikan pintu rumahnya sebelum dia bertolak ke sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah, Ah Chong berasa jantungnya berdebar dengan cepat sekali. Hari ini merupakan hari yang terpenting dalam hidupnya dan hari ini juga akan menentukan sama ada kehidupan keluarganya akan berubah. Hari ini juga penting bagi rakan-rakannya yang mengambil peperiksaan SPM bersamanya. Ah Chong teringat saat-saatnya bersama dengan guru-gurunya serta rakan-rakannya semasa belajar.

Isnin, 24 September 2012

Sajak Pertemuan di Hyde Park

Maksud Rangkap 1:
Apabila penyajak berada di Hyde Park, beliau teringat sebidang tanah yang agak luas pemberian ayahnya di kampung. Asalnya tanah tersebut hutan dara tetapi telah diterokai oleh ayahnya. Tanah itu kemudiannya ditanam dengan padi huma setiap tahun dan merupakan milik keluarga.

Maksud Rangkap 2:
Penyajak sering berdiri di atas busut bersama ayah ketika melihat padi yang sedang membesar, ketika menghalau burung, membaiki tempat jemuran padi atau saja-saja berehat sementara menunggu panggilan emak yang memerlukan air, menemani ayah menanam getah atau menanam lada.


Maksud Rangkap 3:
Penyajak berasa berada di sudut pidato di Hyde Park berbicang tentang isu-isu penting ketika mendengar ayahnya bercerita tentang tanah iaitu tanggungjawab menjaga dan memelihara tanah. Penggunaan nya sentiasa berubah mengikut peredaran dan keperluan semasa yang ditentukan oleh pemiliknya.


Maksud Rangkap 4:
Penyajak diingatkan oleh ayahnya tentang amanah memelihara tanah di mana kitalah bertanggungjawab mencorakkan tanah tersebut mengikut kesesuaian dan sekiranya kita lupa akan amanah tersebut tanah tersebut akan kembali kepada asalnya



Tema

Bertemakan tentang tanggungjawab menjaga sesuatu barang yang diamanahkan dengan baik. Sebagai contoh, penyajak diberitahu oleh ayahnya supaya menjaga tanah yang telah diamanahkannya supaya tidak dibiarkan sahaja.

Persoalan

Persoalan tentang kasih sayang
Penyajak menggambarkan betapa rapatnya hubungan beliau dengan ayahnya yang sering bercerita tentang sesuatu peristiwa Contohnya :

di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa

Persoalan gigih berusaha.
Penjajak menjelaskan betapa kuat ayah dan ibu penyajak berusaha meneroka tanah bertujuan untuk bercucuk tanam padi huma, getah dan lada. Contohnya :

betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.

Persoalan tentang kerajinan
Ayah penyajak rajin mengusahakan tanah dengan pelbagai jenis tanaman
Silih berganti bagi meningkatkan ekonomi keluarga. Contoh:

atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.







Akan dikemaskini....








Sejarah! Sangat Penat Saya Menulisnya!

Hari ini saya exam kertas sejarah. Saya telah menulis sejarah sampai tangan saya nak patah kerana kena buat 4 soalan dalam masa 2 jam. Maksudnya setiap soalan hanya dibenarkan menggunakan 30 minit sahaja. Jika saya tulis melebihi 30 minit nescaya akan tidak cukup masa. Saya tulis dengan sangat cepat sehingga tangan saya rasa sangat leguh dan letih. Selepas habis tulis barulah saya berasa lega sedikit! Akhirnya saya selesai tulis!

Walaupun saya berasa yang menjawab kertas solan sejarah amat memenatkan namun saya berasa sangat gembira. Minat saya terhadap subjek ini tidak akan mudah dilunturkan hanya kerana kertas soalan kena jawab dalam masa 2 jam! Hahaha!!!

Exam is Finish!

今天我考完了重要的科目。我只等这个星期四的muet考试罢了! 我非常多高兴,因为我终于考完了那些对我来说是重的科目。我想说说一声加油给我的朋友明天有考试的,希望他们都可顺顺利利的考完。加油!加油!

Khamis, 6 September 2012

Shugo Chara Series

Name: Shugo Chara
Episodes: 51
Status: Finished Aired
Aired: 2007-2008
Genres: Comedy, Magic, School, Shoujo






Name: Shugo Chara Doki
Episodes: 51
Status: Finished Aired
Aired: 2008-2009
Genres: Comedy, Magic, School, Shoujo






Name: Shugo Chara Party
Episodes: 25
Status: Finished Aired
Aired: 2009-2010
Genres: Comedy, Magic, School, Shoujo







守护甜心是一个很好的动漫画。他的故事不但精彩,而且还教我们要相信自己。
这部动漫画适合给小孩或大人看。

Negative Heart, Lock On!
Open Heart!

Khamis, 30 Ogos 2012

National Day

Pada pukul tepat 12.00 malam, merupakan satu malam yang sangat peristiwa pada saya. Tentulah bukan saja saya yang akan berasa begitu, semua rakyat Malaysia juga akan berasa demikian. HAl ini kerana tepat 12.00 merupakan Hari Kemerdekaan negara saya. Semua rakyat Malaysia sedang menunggu detik masa berlalu ada yang telah berada di stadium untuk menyambut kedatangan peristiwa yang penuh dengan sejarah.

Pada 31 Ogos 2012, merupakan Hari Kmerdekaan yang ke-55. Hal ini telah menyatakan yang Melaysia telah bebas daripada cengkaman dan jajahan British selama 55 tahun. Tepat pada pukul 12.00 malam nanti, seluruh rakyat Malaysia akan menjerit Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Saya berasa sangat bersyukur kerana telah dilahirkan dalam keadaan yang aman dan damai. Saya tidak pernah berasa seperti orang tua sekarang yang pernah merasai penjajahan British dan juga Jepun. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepda seluruh rakyat Malaysia!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Selasa, 28 Ogos 2012

Jackson and Poo Hua Birthday Party

At 26.8.12, also the day that my school celebrated Hari Raya Aidilfitri. It is also Jackson birthday too. On that day, my aunt invited me, my sister and my brother to go to her house to celebrate the birthday together. The funny things is I slept and I woke up whwn my sister called me asked if I want to go or not. Then, I go to my aunt house and the celebration is finished. My aunt said to me that I had missed to see Jackson and my sister blown the candles. I ate some mee goreng and also the cake. I also ate some nuggets and hotdogs.