Bab 1
Kedengaran suara ayam berkokok di
luar rumah Ah Chong. Ah Chong bangun dengan tidak bersemangat. Dia sedang
meraba-raba untuk mencari cermin matanya. “Di manakah aku letak cermin mata aku
ini?” Ah Chong bertanya kepada dirinya sendiri. Ah Chong berasa sangat cemas
pada pagi tersebut dan jantungnya berdebar dengan kuat sekali. Silap-silap hari
bulan jantungnya akan tercabut keluar. Mengapakah dia berasa cemas sekali?
“Ah Chong, cepatlah bersiap. Nanti kamu lambat ke sekolah pula. Bukankah
hari ini hari yang terpenting bagimu?” Ibu Ah Chong yang sedang menyiapkan sarapan
pagi untuknya menjerit memanggilnya. “ Apa sudah jadi dengan budak ini! Katanya
hari ini ialah hari yang terpenting baginya. Mengapa bangun lambat pula?
Ish..Ish..” Ibunya merungut sambil
menyiapkan sarapan pagi.
“Akhirnya aku jumpa juga cermin mataku. Kalau aku tidak bersiap cepat,
nanti aku lambat ke sekolah pula.”
Ah Chong berlari-lari anak ke bilik air yang terletak berdekatan dengan
biliknya. Sekali lagi ibunya menjerit memanggilnya dan kali ini Ah Chong balas
kepada ibunya dengan mengatakan dia sudahpun berada dalam bilik air. Beginilah
suasana setiap pagi di rumahnya. Ibunya akan menjerit memanggilnya bangun
sambil menyiapkan sarapan pagi untuk dia dan adik-adiknya. Selepas siap, ibunya
akan pergi ke pasar untuk menjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Inilah rutin
setiap pagi ibunya mencari duit untuk menyara hidup Ah Chong dan adik-adiknya
sejak ayahnya meninggal dunia kerana menghidap penyakit yang kronik dua tahun
yang lalu. Selepas ayahnya meninggal, ibunya menjadi tidak bersemangat dan
selalu bersedih serta menangis. Tetapi ini tidak boleh menyalahkan ibunya
kerana ibunya telah kehilangan orang yang sangat dicintai. Ah Chong ingat
ibunya pernah memberitahunya betapa gembira ibunya semasa ayahnya melamar
ibunya. Ibunya lekas menyetujui lamaran tersebut tanpa berfikir panjang. Ah
Chong pernah bertanya kepada ibunya mengapa ibunya lekas bersetuju tanpa
berfikir panjang. Ibunya tidak menjawab pertanyaannya dengan panjang kerana Ah
Chong pada masa itu sangat kecil dan dia tidak akan faham.
Sekarang Ah Chong sudah besar namun dia masih tidak faham. Tambahan pula
selepas ayahnya meninggal, Ah Chong tidak lagi bertanya soalan tersebut kepada
ibunya. Ah Chong masih ingat ada suatu ketika dia bertanya kepada ibunya dan
ibunya telah menangis sepanjang hari tanpa berhenti. Mujurlah rumahnya tidak
dibanjiri oleh air mata ibunya kalau tidak terpaksalah mereka berpindah.
Hahaha!! Geli sungguh hati Ah Chong apabila teringat hal tersebut. Semenjak
hari itu, Ah Chong tidak lagi bertanya kepada ibunya pasal ayahnya kerana Ah Chong
tahu ini akan menambahkan kesedihan ibuya lagi.
“Ah Chong, apakah yang kamu buat dalam bilik air lama-lama sangat? Apakah
kamu sudah gila? Ketawa seorang diri dalam bilik air.” Ibunya bertanya
kepadanya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya apabila Ah Chong keluar
daripada bilik air tersebut. Ah Chong cuma tersenyum setelah mendengar ibunya
berkata sedemikian.
“Maafkan saya, ibu. Tadi saya teringat sesutu yang sangat melucukan sebab
itu saya ketawa.” Ah Chong menjelaskan hal tersebut kepada ibunya.
“Bukankah kamu kata hari ini merupakan hari yang terpenting bagi kamu.
Mengapa pula kamu bangun lambat? Hairanlah ibu dengan sikap kamu ini.” Ibunya
berasa hairan dengan sikapnya. Selalunya orang akan bangun awal jika hari
tersebut merupakan hari yang terpenting baginya. Ini lain pula yang terjadi.
Apalah yang sudah jadi dengan Ah Chong ini?
“Sebenarnya semalam saya tidur lambat kerana memikirkan hari ini. Saya
berasa sangat berdebar. Oleh itu, saya lambat bangun.” Ah Chong berkata.
Ah Chong juga berasa sangat malu dengan tindakannya sebentar tadi. Jika
orang lainlah akan ingat dia sudah gila dan tidak waras juga. Ah Chong segera
duduk dan makan sarapan paginya. Ibunya berpesan kepadanya supaya tolong
ambilkan nasi goreng untuk adik-adiknya sebelum dia pergi ke sekolah. Ibunya
juga mendoakan Ah Chong supaya mendapat apa yang ingin dicapainya. Selepas
sampaikan pesanan kepada Ah Chong barulah ibunya pergi ke pasar dengan senang
hati.
Selepas makan sarapan pagi, Ah Chong
segera memakai kasut sekolahnya dan dia berpesan kepada adik-adiknya supaya
jangan keluar dari rumah sebelum ibunya pulang. Ah Chong juga sempat berpesan
kepada adik-adiknya juga agar berlakuan baik dan jangan bergaduh. Dia tidak
mahu lagi peristiwa yang berlaku pada minggu lepas berlaku sekali lagi. Pada
minggu lepas, Ah Chong telah keluar untuk mencari kawannya namun dia tidak
ingat pesanan ibunya bahawa jangan tinggalkan rumah dengan pintu yang tidak
berkunci dan biarkan adik-adiknya keluar bermain. Sebelum keluar, Ah Chong ada
berpesan kepada adik-adiknya supaya jangan keluar dari rumah namun dia telah
lupa untuk menguncikan pintu rumahnya.
Semasa dalam perjalanan pulang ke
rumah, Ah Chong ternampak ramai orang yang berdiri di luar rumahnya.
“Apakah yang sudah terjadi di rumahku?Adakah rumahku dimasuki pencuri
ataupun rumahku terbakar?” Banyak soalan yang tertimbul dalam fikirannya dan
persoalannnya akan terjawab apabila dia sampai di rumahnya.
Semasa Ah Chong sampai di rumahnya,
dia nampak ibunya sedang menangis. Jiran-jirannya sedang berusaha memujuk
ibunya dan ada juga jiran-jiran yang sedang sibuk mencari seseorang. Apabila
ibunya ternampak Ah Chong, ibunya segera lari ke arahnya dan telah menamparnya.
Orang ramai yang sedang melihat terkejut dengan perbuatan ibunya. Ah Chong
berasa sangat terkejut dengan tindakan ibunya dan mukanya telah merah padam
akibat ditampar oleh ibunya. Ataupun mukanya merah padam kerana berasa malu
kerana ditampar di hadapan orang ramai. Tuhan sahaja yang tahu apakah yang ada
dalam fikirannya. Ah Chong berasa hairan dengan tindakan ibunya. “Kenapa tidak
pasal-pasal ibu menamparku? Selama ini ibu tidak pernah mengangkat tangan
kepadaku, tapi hari ini ibu telah menamparku di hadapan orang ramai.”
Setelah mengetahui apakah yang
terjadi semasa ketiadaannya, barulah Ah Chong berasa sangat menyesal.
Rupa-rupanya adik-adiknya telah hilang kerana perbuatannya yang tidak
bertanggungjawab. Ah Chong telah pergi meminta maaf daripada ibunya namun
ibunya tidak mahu memaafkannya selagi adik-adiknya tidak dijumpai. Ah Chong
faham kenapa ibunya bertindak sedemkian dan adik-adiknya telah hilang juga
disebabkan oleh sikapnya yang tidak bertanggungjawab. Selepas 2 jam, barulah
ada jiran yang membawa adik-adiknya pulang. Adik-adiknya telah menangis dengan
sekuat hati kerana mereka sangat takut. Ibunya telah memujuk adik-adiknya dan
telah membawa mereka masuk ke dalam rumah. Orang ramai yang melihat kejadian
tersebut masing-masing pulang ke rumah mereka. Ada yang berasa bersyukur kerana
adik-adiknya telah pulang dengan selamat. Jiran yang menjumpai adik-adik Ah
Chong iaitu Pak Ali telah mengatakan dia telah menjumpai mereka di padang
permainan. Semasa Pak Ali menjumpai mereka, adik-adiknya sedang menangis kerana
mereka tidak mengetahui jalan untuk balik ke rumah. Adik-adiknya telah
menjelaskan hal tersebut kepada ibunya dan mereka berjanji tidak akan keluar
sesuka hati lagi. Selepas ibunya tidurkan adik-adiknya, barulah ibunya keluar.
“Ibu ingatkan Ah Chong boleh
tengokkan adik-adik semasa ibu tiada. Rupa-rupanya Ah Chong tidak mahu jaga
adik-adik. Jika Ah Chong tidak mahu jaga adik-adik tidak apa, Ah Chong boleh
memberitahu ibu. Mengapa Ah Chong sanggup buat ibu begini? Ah Chong nak lihat
ibu mati sebab sakit hati ke? Ibu telah kehilangan ayah kamu dan ibu tidak mahu
kehilangan kamu dan adik-adik kamu. Apakah kamu tidak cuba untuk mengerti
kesakitan ibu ini? Ibu sangat takut jika kehilangan orang yang ibu sayangi.
Jika adik-adikmu diculik oleh orang jahat macam mana? Mujurlah Pak Ali yang
menemui mereka dahulu jika orang jahat yang menemui mereka tidak tahulah apa
yang akan terjadi kepada adik-adikmu.” Kedengaran suara ibunya sangat sayu dan
sedih. Ibunya telah menangis kerana tidak dapat untuk menahan perasaannya.
Ini adalah kali yang ketiga Ah Chong melihat ibunya sedih dan menangis
begini selepas kematian ayahnya. Rupa-rupanya sudah lama ibunya tidak menangis
sebegini.
“Maafkan Ah Chong ibu. Ah Chong tidak akan lakukannya lagi. Tadi Ah Chong
lupa untuk mengunci pintu rumah. Ah Chong bukannya sengaja buat begini untuk
menyakiti hati ibu. Ibu janganlah mengatakan ibu mahu mati. Jika ibu mati,
siapa yang mahu menjaga Ah Chong dan adik-adik. Selain ibu, kami tidak ada
sesiapa lagi dalam dunia ini.” Ah Chong menangis sambil meminta maaf kepada
ibunya. Ibunya telah memaafkannya. Semenjak peristiwa tersebut, Ah Chong sudah
tidak berani untuk tidak mengunci pintu rumahnya.
Sebelum keluar dari rumah, Ah Chong
memastikan dia telah menguncikan pintu rumahnya sebelum dia bertolak ke
sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah, Ah Chong berasa jantungnya berdebar
dengan cepat sekali. Hari ini merupakan hari yang terpenting dalam hidupnya dan
hari ini juga akan menentukan sama ada kehidupan keluarganya akan berubah. Hari
ini juga penting bagi rakan-rakannya yang mengambil peperiksaan SPM bersamanya.
Ah Chong teringat saat-saatnya bersama dengan guru-gurunya serta rakan-rakannya
semasa belajar.